Wednesday 16 March 2016

Tips 10 Cara mencintai pasangan semula

Tips 10 Cara mencintai pasangan semula

Ramai pasangan yang sering Bertengkar setiap masa, Sehingga Ada yang merasakan Mereka Harus mencari Kebahagian Lain Yang Lebih baik. Sekerap mereka bertengkar semakin sukar bagi mereka merasakan cinta. Pasangan ini Berasa Tidak bersemangat dan Hilang Harapan untuk Bertahan Dalam Hubungan mereka. Untuk Keluar dari masalah ini, anda mestilah ingin Hubungan anda Berjaya.

10 Tips
1.    Refresh semula kenangan, Sesuatu yang pernah membuatkan anda jatuh cinta pada pasangan buat pertama kali. Jika itu Tidak berkesan, carilah sesuatu menarik yang sering memikat anda yang ada pada pasangan. Perhubungan yang Berjaya memerlukan keramahan, bertolak ansur, dan saling memahami.

2.    Biar dia tahu apa yang anda fikirkan dan rasakan. Ia mungkin menyakitkan pasangan bila mengetahui yang perasaan anda terhadap dia semakin pudar, tapi itu lebih baik dan dia boleh berikan kerjasama serta sokongan untuk menjayakan hubungan anda semula. Selesaikan dengan cara matang akan membantu anda menempuh kesukaran dan persetujuan sering dicapai.


3.    Berbincang, berbincang dan berbincang. Jangan menuduh, jangan melenting, jangan memaki. Ia hanya akan menghancurkan hubungan. Berbincang dan capai persetujuan, ini bukan masa untuk tunjuk siapa yang salah atau betul.

4.    Berkongsi tanggung jawab akan meringankan beban pasangan. Sekaligus akan membuatkan anda rasa selesa dengan pasangan dan pandangan anda pada dia lebih positif.


5.    Cuba bantu dia untuk berubah. Beri galakkan untuk ubah sikap dia. Apa pun, anda mestilah bersabar dan anda juga perlu ubah diri anda dengan lebih baik.

6.    Fikirkan pasangan bila anda berseorangan. Ingatlah mungkin masa dan emosi yang sering meracau akan berlalu. anda perlu kuat, hanya fikirkan Anda akan bersama dia walau apa pun dugaannya.


7.    Tanya diri anda dan jawab dengan jujur. apakah anda masih cintakan dia? Jika ya, Lakukan apa saja untuk meraihkan cinta anda semula.

8.    Jujur pada pasangan dan diri sebab bila anda beritahu pasangan bahawa anda cintakan dia tapi reaksi anda menunjukkan tidak, pasangan anda akan merasakan yang anda permainkan dia dan hanya untuk menarik perhatian dia. Sikap tidak jujur akan mewujudkan tidak percaya dan tidak pasti dalam perhubungan jadi elakkan ini terjadi


9.    Ingatlah semula mengapa anda cintakan dia dan apa yang dia lakukan untuk membuatkan anda jatuh cinta pada dia.


10. Hobi dan dorongan akan jadikan anda rasa lebih baik jadi buatlah sesuatu hobi. Bila anda berasa baik dan bersemngat melakukan sesuatu dalam hidup, anda akan sayang diri anda sekaligus lebih cintakan pasangan. Bila kita focus pada diri sendiri, kita akan kurang berharap pada orang lain. Lakukan aktiviti yang digemari. Ajak pasangan melakukan bersama.

iiDengan tips ini Semoga Berjaya !