Wednesday 16 March 2016

Tips 10 Cara mencintai pasangan semula

Tips 10 Cara mencintai pasangan semula

Ramai pasangan yang sering Bertengkar setiap masa, Sehingga Ada yang merasakan Mereka Harus mencari Kebahagian Lain Yang Lebih baik. Sekerap mereka bertengkar semakin sukar bagi mereka merasakan cinta. Pasangan ini Berasa Tidak bersemangat dan Hilang Harapan untuk Bertahan Dalam Hubungan mereka. Untuk Keluar dari masalah ini, anda mestilah ingin Hubungan anda Berjaya.

10 Tips
1.    Refresh semula kenangan, Sesuatu yang pernah membuatkan anda jatuh cinta pada pasangan buat pertama kali. Jika itu Tidak berkesan, carilah sesuatu menarik yang sering memikat anda yang ada pada pasangan. Perhubungan yang Berjaya memerlukan keramahan, bertolak ansur, dan saling memahami.

2.    Biar dia tahu apa yang anda fikirkan dan rasakan. Ia mungkin menyakitkan pasangan bila mengetahui yang perasaan anda terhadap dia semakin pudar, tapi itu lebih baik dan dia boleh berikan kerjasama serta sokongan untuk menjayakan hubungan anda semula. Selesaikan dengan cara matang akan membantu anda menempuh kesukaran dan persetujuan sering dicapai.


3.    Berbincang, berbincang dan berbincang. Jangan menuduh, jangan melenting, jangan memaki. Ia hanya akan menghancurkan hubungan. Berbincang dan capai persetujuan, ini bukan masa untuk tunjuk siapa yang salah atau betul.

4.    Berkongsi tanggung jawab akan meringankan beban pasangan. Sekaligus akan membuatkan anda rasa selesa dengan pasangan dan pandangan anda pada dia lebih positif.


5.    Cuba bantu dia untuk berubah. Beri galakkan untuk ubah sikap dia. Apa pun, anda mestilah bersabar dan anda juga perlu ubah diri anda dengan lebih baik.

6.    Fikirkan pasangan bila anda berseorangan. Ingatlah mungkin masa dan emosi yang sering meracau akan berlalu. anda perlu kuat, hanya fikirkan Anda akan bersama dia walau apa pun dugaannya.


7.    Tanya diri anda dan jawab dengan jujur. apakah anda masih cintakan dia? Jika ya, Lakukan apa saja untuk meraihkan cinta anda semula.

8.    Jujur pada pasangan dan diri sebab bila anda beritahu pasangan bahawa anda cintakan dia tapi reaksi anda menunjukkan tidak, pasangan anda akan merasakan yang anda permainkan dia dan hanya untuk menarik perhatian dia. Sikap tidak jujur akan mewujudkan tidak percaya dan tidak pasti dalam perhubungan jadi elakkan ini terjadi


9.    Ingatlah semula mengapa anda cintakan dia dan apa yang dia lakukan untuk membuatkan anda jatuh cinta pada dia.


10. Hobi dan dorongan akan jadikan anda rasa lebih baik jadi buatlah sesuatu hobi. Bila anda berasa baik dan bersemngat melakukan sesuatu dalam hidup, anda akan sayang diri anda sekaligus lebih cintakan pasangan. Bila kita focus pada diri sendiri, kita akan kurang berharap pada orang lain. Lakukan aktiviti yang digemari. Ajak pasangan melakukan bersama.

iiDengan tips ini Semoga Berjaya !

Monday 9 February 2015

tips 10 cara cipta suasana romantik

 pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata sering kali sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak. kesibukan itu ada kalanya tanpa disedari mengabaikan pasangan dan membuatkan hubungan renggang.

pakar motivasi menyarankan agar suami isteri menghidupkan suasana romentis ketika berdua. mungkin ada perasaan malu untuk membangkitkan semula saat-saat romantis seperti bercinta dahulu. tetapi anda harus mencubanya demi memperbaiki hubungan yang mula pudar. jadikan tips dibawah ini sebagai panduan.

1 jika sudah lama tidak mengubah posisi di bilik tidur, cuba susun atur perabot di bilik tidur agar membangkitkan suasana segar. suntik elemen romantis seperti menyusun bunga di sudut tertentu, di atas katil dan mungkin juga di lantai. wangian bunga yang harum dapat menghidupkan suasana yang diinginkan.

2 Nyalahkan lilin untuk menghangatkan suasana bilik tidur. cuba letak lilin tersebut di atas meja konsul, meja solek dan tepi katil. pencahayaan sebegini memang membantu menyuntik semangat dan rasa CINTA.

3 Bangkitkan suasana romantis di rumah atau bilik tidur dengan memainkan musik instrumental  yang lembut dan romantik. alunan musiknya sekadar cukup untuk telinga anda berdua sahaja. musik klasik menjadi pilihan dan selamat untuk mencipta suasana ini. genre musik jazz juga bole menjadi pilihan yang baik.

4 Rancang dan sediakan hidangan yang istimewa buat anda berdua. cuba ingati semula makanna yang paling digemarinya dan boleh membangkitkan nostalgia nada berdua. ada benarnya pepata, hendak menawan hati suami dengan menggembirakan perutnya.

5 Cuba cari peluang untuk bercuti bersama, bukan bersama anak-anak tetapi hanya anda berdua sahaja. jagan bercuti di tempat yang terlalu ramai orang atau kota besar yang sentiasa sibuk. pilih percutian yang eksklusif. jika mahu lebih istimewa tempah percutian untuk suite bulan madu. anda boleh menikmati suasana matahari terbit di waktu pagi, menikmati keindahan malam dengan melihat kelip-kelip atau melihat cahaya bulan penuh. berdua-duaan menikmati saat ini membuat anda rasa tenang dan terhibur.

6 Sekali-sekala bungkus makanan di  dalam bekas yang menarik dan ajak suami berkelah. berkelah tidakhanya terhad di tepi sungai atau laut sahaja anda boleh lakukan di taman kawasan anda tinggal atau mungkin juga di tepi rumah. bawa segala kelengkapan berkelah dan sediakan makanan kegemarannya.

7 Berkongsi bilik air dengannya. campurkan minyak aromaterapi di dalam mangkuk mandian dan berendam bersama. anda juga boleh menyapu sabun atau losyen selepas mandi.

8 Sesiapa sahaja pasti gembira apabila dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah apatah lagi dari orang tersayang. tarikh-tarikh yang penting seperti hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan rumah tangga. tidak perlu memberi hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. tetapi, jika anda mampuapa salahnya. tambah bermakna jika anda menulis sedikit kata-kata yang indah.

9 Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap pasangan. luahkan sahaja apabila pasangan kelihatan cantik dan bergaya. puij-pujian ini dapat memberi semangat kepada pasangan untuk meneruskan harinya.

10 bilakah kali terakhir anda mencium pasangan? Tentu sudah lama anda tidak mengecup dahi atau pipI setelah penat bekerja sepanjang hari. tahukah anda bahawa ciuman mesra anda dapat menghilangkan segala kepenatan pasangan. Tekanan sepanjang hari juga turut hilang. itulah kuasa ciuman anda.

 Sekadar berkongsi.